Majlis Pelancaran Kejohanan Go-Kart Koperasi Bersama ANGKASA Sempena ICAKL 2017 dengan kerjasama Koperasi NSTP telah diadakan di Theatrette NSTP, Bangsar. Ia bertujuan bagi menghargai penaja utama dan penaja-penaja lain yang menyokong kejohanan ini.

Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) merupakan penaja utama. Rakan penaja lain adalah Rakyat Management Services Sdn Bhd, United Engineer Malaysia Group Berhad, Koperasi Pembiayaan Syariah Angkasa Berhad (KOPSYA), Koperasi Coop2U Berhad, Koperasi Perdanajaya Malaysia Berhad dan Etiqa Takaful Berhad.

Kejohanan Go-Kart Koperasi Bersama ANGKASA Sempena ICAKL 2017 dijadualkan pada Sabtu, 23 September 2017 di Litar Go-Kart Shah Alam. Anjuran kejohanan ini adalah kerjasama antara ANGKASA dan Koperasi New Straits Times Press (M) Berhad. Objektif adalah untuk merapatkan silaturrahim antara koperator melalui penglibatan di dalam aktiviti sukan yang lebih sihat dan menonjolkan kebolehan bersukan yang ada dalam diri peserta.