ATURAN SKIM PEMBIAYAAN PENDIDIKAN – AL-TAWARRUQ

(Maksima : RM 10,000.00)

 

 

Tujuan :-

Membantu anggota dari segi kewangan untuk pendidikan anggota dan anak-anak anggota.

1.Kelayakan:

  1. Anggota koperasi
  2. Telah disahkan dalam jawatan.
  3. Modal syer minima RM180.00.

2.Pembiayaan :-

  1. Kelayakan pembiayaan bergantung kepada yuran pengajian anggota dan anak anggota dan had pembiayaan adalah RM10,000.00, mana lebih rendah.
  2. Skim pembiayaan ini terbuka kepada pengajian di mana-mana institusi, kolej atau syarikat swasta dengan syarat pembelajaran tersebut adalah bermanfaat kepada pemohon berkenaan.
  3. Caj keuntungan adalah 6% setahun
  4. Dua orang penjamin diperlukan.
  5. Kelulusan pembiayaan dalam tempoh dua minggu ke sebulan.

3.Jadual Pembayaran Balik Pembiayaan :-

  1. Tempoh bayar balik pembiayaan tidak melebihi 48 bulan atau umur pemohon 58 tahun, mana lebih awal.
  2. Pembayaran balik pembiayaan dimulakan dari bulan berikutnya dari tarikh pembiayaan diluluskan.
  3. Bayaran balik pembiayaan adalah melalui potongan gaji. Bayaran balik selain potongan gaji, perlu mendapat kelulusan anggota lembaga.
  4. Jika penyelesaian penuh dilakukan lebih awal, pemohon akan dikecualikan dari membayar caj perkhidmatan untuk baki tempoh pembiayaan. (Rebet)
  5. Sekiranya pemohon menamatkan perkhidmatan sebelum tempoh pembiayaan berakhir, pemohon mesti menjelaskan baki pembiayaan setelah menolak wang caruman di koperasi.
  6. Tindakan undang-undang akan dikenakan jika pembayaran (secara tunai atau ansuran) tidak dijelaskan.

4.Syarat-syarat Pembiayaan :-

  1. Pemohon perlu mengisi borang permohonan dengan lengkap beserta surat tawaran belajar.
  2. Pemohon perlu menyertai tabung perlindungan pembiayaan yang sumbangannya akan ditolak dari pembiayaan diluluskan.
  3. Yuran proses sebanyak RM60.00 akan dikenakan.
  4. Duti setem sebanyak 0.5% atas jumlah yang dipohon akan dikenakan.
  5. Pembiayaan bertindih dibenarkan (setiap semester, setiap tahun akademik)
  6. Kelayakan potongan gaji.
  7. Sekiranya pemohon membatalkan permohonan, caj sebanyak RM20.00 dikenakan.
  8. Pemohon perlu menyerahkan Surat Aku Janji, Surat Persetujuan dan Akad Belian dan Jualan dan dokumen-dokumen lain yang ditetapkan oleh koperasi beserta dengan salinan kad pengenalan pemohon dan penjamin yang telah ditandatangani.
  9. Pemohon dan penjamin dikehendaki menandatangani surat perjanjian di hadapan kakitangan / wakil koperasi / ketua jabatan.
 

5.Hak Koperasi dan Anggota Lembaga

  1. Anggota Lembaga berhak menolak atau membatalkan permohonan pembiayaan seseorang anggota tanpa memberi sebab.
  2. Skim pembiayaan ini berhak dihadkan, digantung atau dibatalkan diatas budibicara Anggota Lembaga pada bila-bila masa sahaja.
  3. Budi bicara Anggota Lembaga dalam memutuskan rayuan permohonan pembiayaan adalah muktamad.
  4. Hak Anggota Lembaga adalah tertakluk kepada peraturan dan syarat yang terdapat dalam aturan pembiayaan.

 

 


ATURAN SKIM PEMBIAYAAN SARAHIDUP - TAWARRUQ

(Maksima : RM1,000)

 

1.Kelayakan:-

  1. Anggota koperasi.
  2. Telah disahkan dalam jawatan.
  3. Modal syer minima RM700.00.

 

2.Pembiayaan :-

  1. Had pembiayaan tidak melebihi RM1,000.00
  2. Caj Keuntungan yang dikenakan adalah 6% atas pembiayaan dipohon dimana ianya akan ditolak dari jumlah pembiayaan diluluskan.
  3. Penjamin tidak diperlukan.
  4. Kelulusan pembiayaan dalam tempoh 3-5 hari bekerja.

 

3.Jadual Pembayaran Balik Pembiayaan :-

  1. Tempoh bayar balik pembiayaan adalah tidak melebihi 6 bulan.
  2. Pembayaran balik pembiayaan dimulakan dari bulan berikutnya dari tarikh pembiayaan diluluskan.
  3. Bayaran balik pembiayaan adalah melalui kaunter (tunai di kaunter / pindahan wang ke akaun koperasi)
  4. Sekiranya peminjam gagal membayar ansuran bulanan mengikut masa ditetapkan, caj penalti dengan kadar 1% atas amaun tertunggak akan dikenakan.
  5. Sekiranya gagal membayar ansuran selama 3 bulan berturut-turut, koperasi berhak selesaikan baki pembiayaan menerusi modal yuran peminjam di koperasi.
  6. Kegagalan mengikut jadual bayaran balik yang ditetapkan, akan menyebabkan anggota tidak dibenarkan memohon skim pembiayaan ini di masa akan datang.
  7. Sekiranya pemohon menamatkan perkhidmatan sebelum tempoh pembiayaan berakhir, pemohon perlu menjelaskan baki pembiayaan setelah menolak wang caruman di koperasi.
  8. Tindakan undang-undang akan dikenakan jika pembayaran (secara tunai atau ansuran) tidak dijelaskan.

 

4.Syarat-syarat Pembiayaan :-

  1. Pemohon perlu mengisi borang permohonan dengan lengkap beserta dengan salinan penyata gaji terkini.
  2. Potongan gaji adalah tinggi semasa permohonan dibuat.

 

 

5.Hak Koperasi dan Anggota Lembaga

  1. Anggota Lembaga berhak menolak atau membatalkan permohonan pembiayaan seseorang anggota tanpa memberi sebab.
  2. Skim pembiayaan ini berhak dihadkan, digantung atau dibatalkan diatas budibicara Anggota Lembaga pada bila-bila masa sahaja.
  3. Budi bicara Anggota Lembaga dalam memutuskan rayuan permohonan pembiayaan adalah muktamad.
  4. Anggota Lembaga berhak untuk meminda Aturan dengan serta merta tanpa kelulusan MAPT sekiranya pindaan skim tersebut memberi manfaat kepada anggota.
  5. Hak Anggota Lembaga adalah tertakluk kepada peraturan dan syarat yang terdapat dalam aturan pembiayaan.

 

 

 

 

 

 

    1.  

 

ATURAN SKIM PEMBIAYAAN KEUSAHAWANAN

(Maksima : RM50,000)

 

 

TUJUAN

  • Membantu anggota dalam menjalankan perniagaan.
  • Menjana pendapatan kepada kedua belah pihak.

 

  1. Kelayakan :-
  • Anggota koperasi.
  • Telah disahkan dalam jawatan.
  • Modal syer minima RM1,000.
  1. Pembiayaan :-
    • Had Pembiayaan adalah RM50,000. Amaun pengeluaran adalah secara ‘revolving’ iaitu atas keperluan berdasarkan dokumen yang diberi.
    • Caj perkhidmatan yang dikenakan adalah 6% atas baki pembiayaan setiap akhir bulan. Sekiranya peminjam membayar awal bagi bulan berkenaan, caj perkhidmatan akan dikira mengikut hari dalam bulan berkenaan.
    • Pemohon perlu menyatakan tujuan permohonan pembiayaan dan sertakan dokumen sokongan. Contoh : surat tawaran geran projek dari Kementerian, pesanan belian dari syarikat korporat.
    • Cagaran diperlukan. Antara cagaran yang dibenarkan adalah rumah atau tanah. Dokumen cagaran perlu dilampirkan sebagai bukti pemilikan.
    • Yuran proses sebanyak RM100 akan dikenakan.
    • Sekiranya pemohon membatalkan permohonan, caj sebanyak RM20.00 dikenakan
    • Segala kos lain semasa penyediaan dokumen pembiayaan seperti stamping, yuran agen penilaian rumah, tanah dan dokumen berkaitan adalah tanggungan peminjam.
    • Kelulusan pembiayaan dalam tempoh sebulan.
  2. Syarat-syarat Pembiayaan :-
    • Pemohon perlu mengisi borang permohonan dengan lengkap beserta dengan dokumen cagaran dan sokongan.
  3. Jadual Pembayaran Balik Pembiayaan :-
    • Tiada jadual pembayaran balik secara tetap.
    • Caj perkhidmatan perlu dibayar selewat-lewatnya 10hb setiap bulan berikutnya melalui pindahan wang ke akaun Koop NSTP.
    • Tempoh bayar balik pembiayaan adalah tidak melebihi 12 bulan. Pembaharuan perlu dibuat setiap bulan ke11.
    • Koop NSTP berhak untuk tidak memperbaharui kontrak pembiayaan.
    • Sekiranya kontrak pembiayaan tidak diperbaharui, peminjam perlu membayar sepenuhnya baki pembiayaan.
    • Bayaran balik pembiayaan adalah melalui kaunter (tunai di kaunter / pindahan wang ke akaun koperasi).
    • Sekiranya peminjam gagal membayar caj perkhidmatan bulanan mengikut masa ditetapkan, caj penalti dengan kadar 1% atas amaun tertunggak akan dikenakan.
    • Tunggakan amaun caj perkhidmatan bagi bulan berkenaan dan caj penalti akan diambil kira sebagai amaun pembiayaan pokok.
    • Sekiranya gagal membayar caj perkhidmatan selama 3 bulan berturut-turut, koperasi berhak mengambil tindakan undang-undang,
 
  1. Hak Koperasi dan Anggota Lembaga
    • Anggota Lembaga berhak menolak atau membatalkan permohonan pembiayaan seseorang anggota tanpa memberi sebab.
    • Skim pembiayaan ini berhak dihadkan, digantung atau dibatalkan diatas budibicara Anggota Lembaga pada bila-bila masa sahaja.
    • Budi bicara Anggota Lembaga dalam memutuskan rayuan permohonan pembiayaan adalah muktamad.
    • Anggota Lembaga berhak untuk meminda Aturan dengan serta merta tanpa kelulusan AGM sekiranya pindaan skim tersebut memberi manfaat kepada anggota.
    • Hak Anggota Lembaga adalah tertakluk kepada peraturan dan syarat yang terdapat dalam aturan pembiayaan.