SKIM PEMBIAYAAN JANGKA PANJANG


 

ATURAN SKIM PEMBIAYAAN PERIBADI – AL-TAWARRUQ

(Maksima : RM30,000.00 atau 70% caruman) 
 

Skim Pembiayaan Peribadi – Al-Tawarruq dikategorikan kepada dua iaitu :-

1.0 Pembiayaan Peribadi – Dengan Penjamin

1.1 Kelayakan:

1.1.1 Anggota koperasi

1.1.2 Telah disahkan dalam jawatan.

1.1.3 Modal syer minima RM 180.00 (rujuk jadual dibawah)

           1.2 Pembiayaan :-

1.2.1 Had pembiayaan tidak melebihi RM30,000.00. (selepas mengambil kira semua baki pembiayaan di koperasi)

      1.  

        MODAL YURAN & SYER

        KELAYAKAN PEMBIAYAAN (RM)

        RM 180.00

        RM5,000.00

        RM 180.00 – RM5,000

        2 kali caruman

        RM5,000.00 ke atas

        Tidak melebihi RM30,000.00

1.2.2 Caj keuntungan dikenakan adalah seperti berikut:-

                           1.2.3 Pembiayaan RM5,000 dan kebawah: seorang penjamin

                                     Pembiayaan RM 5,001 - RM 30,000 : dua orang penjamin

              1.2.4 Kelulusan pembiayaan dalam tempoh satu ke dua bulan.

  1.  

  2. 2.0 Pembiayaan 70% atas caruman - Tanpa Penjamin

2.1 Kelayakan:

2.1.1 Anggota koperasi.

2.1.2 Telah disahkan dalam jawatan.

2.1.3 Modal syer minima RM180.00. 

 

2.2 Pembiayaan :-

2.2.1 Had pembiayaan adalah 70% atas caruman.

2.2.2 Caj Keuntungan adalah seperti berikut:-

       Tempoh bayar balik : 12 - 48 bulan : 5% setahun

                                         49 – 120 bulan : 6% setahun

2.2.3 Tanpa Penjamin. 

                          2.2.4 Kelulusan pembiayaan dalam tempoh satu ke dua bulan.

  1. Syarat-syarat Pembiayaan :-
  2. Pemohon perlu mengisi borang permohonan dengan lengkap.
  3. Pemohon perlu menyertai Pelan Pembiayaan Takaful Berkelompok yang sumbangannya akan ditolak dari pembiayaan dipohon.
  4. Yuran proses sebanyak RM30.00 akan dikenakan.
  5. Pembiayaan bertindih dibenarkan (selepas 50% pembayaran balik pembiayaan). Bagi pemohon yang tidak layak, keuntungan kurangan rebet akan dikenakan (2% atas baki pembiayaan lama)
  6. Kelayakan potongan gaji.
  7. Modal yuran dan syer yang tidak mencukupi akan ditolak dari jumlah pembiayaan dipohon bagi melayakkan syarat kelayakan pembiayaan.
  8. Bagi pemohon yang memperolehi Score 1 & 2 (weak), Koperasi akan menolak tiga bulan ansuran bulanan sebagai sekuriti pembiayaan.
  9. Pemohon Skim Pembiayaan 70% atas caruman dikecualikan dari syarat semakan i- score.
  10. Sekiranya pemohon membatalkan permohonan, caj sebanyak RM20.00 akan dikenakan.
  11. Pemohon perlu menyerahkan Surat Aku Janji, Surat Persetujuan dan Akad Belian dan Jualan dan dokumen-dokumen lain yang ditetapkan beserta dengan salinan kad pengenalan pemohon dan penjamin yang telah ditandatangani.
  12. Pemohon dan penjamin dikehendaki menandatangani surat perjanjian di hadapan kakitangan / wakil koperasi / ketua jabatan.

Jadual Pembayaran Balik Pembiayaan :-

  1. Tempoh bayar balik pembiayaan tidak melebihi 120 bulan (sila rujuk jadual) atau umur pemohon mencapai 58 tahun, mana lebih awal.
  2. Pembayaran balik pembiayaan dimulakan dari bulan berikutnya dari tarikh pembiayaan diluluskan.
  3. Bayaran balik pembiayaan akan dibuat melalui potongan gaji. Pembayaran selain dari potongan gaji perlu mendapat kelulusan dari Anggota Lembaga.
  4. Kegagalan membayar bayaran ansuran bulanan, peminjam akan dikenakan caj pada kadar satu peratus (1%) atas amaun tertunggak.
  5. Jika penyelesaian penuh pembiayaan dilakukan lebih awal, pemohon akan dikecualikan dari membayar keuntungan untuk baki tempoh pembiayaan. (Rebet)
  6. Sekiranya pemohon menamatkan perkhidmatan sebelum tempoh pembiayaan berakhir, pemohon mesti menjelaskan baki pembiayaan setelah menolak segala wang caruman di koperasi.
  7. Kegagalan membayar sepenuhnya pembiayaan dalam tempoh pembiayaan diluluskan, caj perkhidmatan akan dikenakan pada kadar yang diluluskan oleh Koperasi NSTP berdasarkan kadar semasa bank tempatan sehinggalah selesai semua pembayaran.
  8. Tindakan undang-undang akan dikenakan jika pembayaran (secara tunai atau ansuran) tidak dijelaskan.

Hak Koperasi dan Anggota Lembaga

  • 1. Anggota Lembaga berhak menolak atau membatalkan permohonan pembiayaan seseorang anggota tanpa memberi sebab.
    2. Skim pembiayaan ini berhak dihadkan, digantung atau dibatalkan diatas budibicara Anggota Lembaga pada bila-bila masa sahaja.
    3. Budi bicara Anggota Lembaga dalam memutuskan rayuan permohonan pembiayaan adalah muktamad.
    4. Anggota Lembaga berhak untuk meminda Aturan dengan serta merta tanpa kelulusan MAPT sekiranya pindaan skim tersebut memberi manfaat kepada anggota.
    5. Hak Anggota Lembaga adalah tertakluk kepada peraturan dan syarat yang terdapat dalam Aturan Skim Pembiayaan ini.

 

 


 


ATURAN SKIM PEMBIAYAAN BARANG PENGGUNA – MURABAHAH

(Maksima : RM15,000.00) 
 

 

1. Kelayakan:

  • 1.1 Anggota koperasi
  • 1.2 Telah disahkan dalam jawatan
  • 1.3 Modal syer minima RM180.00

 

2. Pembiayaan :-

  • 2.1 Had pembiayaan tidak melebihi RM15,000.00 atau bergantung kepada harga barangan, mana lebih rendah.
  • 2.2 Caj Keuntungan adalah seperti berikut :-
              Pembelian barangan dari bukan panel : 7% setahun.
  •           Syarat : perlu lampirkan resit atau “cash bill”.
  • 2.3 Dua orang penjamin diperlukan.                                                         
  • 2.4 Kelulusan pembiayaan dalam tempoh dua minggu ke sebulan.        
  • 2.5 Surat pengesahan pembelian akan dikeluarkan oleh koperasi.
  • 2.6 Bayaran akan dibuat atas nama kedai kecuali pemohon sertakan resit belian. 

 

3. Jadual pembayaran balik pembiayaan :-

  • 3.1 Tempoh bayar balik pembiayaan tidak melebihi 60 bulan atau umur pemohon tidak melebihi 58 tahun, mana lebih awal.
    3.2 Pembayaran balik pembiayaan dimulakan dari bulan berikutnya dari tarikh pembiayaan diluluskan.
    3.3 Kegagalan membayar bayaran ansuran bulanan, peminjam akan dikenakan caj pada kadar satu peratus (1%) atas amaun tertunggak.
    3.4 Bayaran balik pembiayaan akan dibuat melalui potongan gaji. Bayaran selain dari potongan gaji, perlu mendapat kelulusan dari Anggota Lembaga.
    3.5 Jika penyelesaian penuh pembiayaan dilakukan lebih awal, pemohon akan dikecualikan dari membayar keuntungan untuk baki tempoh pembiayaan. (Rebet)
    3.6 Sekiranya pemohon menamatkan perkhidmatan sebelum tempoh pembiayaan berakhir, pemohon mesti menjelaskan baki pembiayaan setelah menolak wang caruman di koperasi.
    3.7 Kegagalan membayar sepenuhnya pembiayaan dalam tempoh pembiayaan diluluskan, caj perkhidmatan akan dikenakan pada kadar yang diluluskan oleh Koperasi NSTP berdasarkan kadar semasa bank tempatan sehinggalah selesai semua pembayaran.
    3.8 Tindakan undang-undang akan dikenakan jika pembayaran (secara tunai atau ansuran) tidak dijelaskan.

   

4. Syarat-syarat Pembiayaan :-

  • 4.1 Pemohon perlu mengisi borang permohonan dengan lengkap beserta dengan sebutharga barangan.
    4.2 Pemohon perlu menyertai Pelan Takaful Pembiayaan Berkelompok yang sumbangannya akan ditolak dari jumlah pembiayaan dipohon.
    4.3 Yuran proses sebanyak RM30.00 akan dikenakan.
    4.4 Duti setem sebanyak 0.5% atas jumlah yang dipohon akan dikenakan.
    4.5 Pembiayaan bertindih dibenarkan (selepas 50% pembayaran balik pembiayaan). Bagi pemohon yang tidak layak, keuntungan kurangan rebet akan dikenakan ( 2% atas baki pembiayaan yang lama)
    4.6 Kelayakan potongan gaji.
    4.7 Pemohon yang memperolehi laporan kredit Score 1 & 2 (weak), Koperasi akan menolak tiga bulan ansuran bulanan sebagai sekuriti pembiayaan.
  • 4.8 Sekiranya pemohon membatalkan permohonan, caj sebanyak RM20.00 akan dikenakan.
    4.9 Pemohon perlu menyerahkan Surat Aku Janji, Surat Persetujuan dan Akad Belian dan Jualan dan dokumen-dokumen lain yang telah ditetapkan beserta dengan salinan kad pengenalan pemohon dan penjamin yang telah ditandatangani.
    4.10 Pemohon dan penjamin dikehendaki menandatangani surat perjanjian di hadapan kakitangan / wakil koperasi / ketua jabatan.

                    

5. Hak Koperasi dan Anggota Lembaga

  • 5.1 Anggota Lembaga berhak menolak atau membatalkan permohonan pembiayaan seseorang anggota tanpa memberi sebab.
    5.2 Skim pembiayaan ini berhak dihadkan, digantung atau dibatalkan diatas budibicara Anggota Lembaga pada bila-bila masa sahaja.
    5.3 Budi bicara Anggota Lembaga dalam memutuskan rayuan permohonan pembiayaan adalah muktamad.
    5.4 Anggota Lembaga berhak untuk meminda Aturan dengan serta merta tanpa kelulusan MAPT sekiranya pindaan skim tersebut memberi manfaat kepada anggota.
    5.5 Hak Anggota Lembaga adalah tertakluk kepada peraturan dan syarat yang terdapat dalam Aturan Skim Pembiayaan ini.
    1.  

ATURAN SKIM PEMBIAYAAN KEUSAHAWANAN

(Maksima : RM50,000) 

 

TUJUAN

Membantu anggota dalam menjalankan perniagaan.
Menjana pendapatan kepada kedua belah pihak.

 

1. Kelayakan:

   1.1 Anggota koperasi

   1.2 Telah disahkan dalam jawatan.

   1.3 Modal  syer minima RM 1,000.00

2 Pembiayaan :-

  • 2.1 Had Pembiayaan adalah RM50,000. Amaun pengeluaran adalah secara ‘revolving’ iaitu atas keperluan berdasarkan dokumen yang diberi.
    2.2 Caj perkhidmatan yang dikenakan adalah 6% atas baki pembiayaan setiap akhir bulan. Sekiranya peminjam membayar awal bagi bulan berkenaan, caj perkhidmatan akan dikira mengikut hari dalam bulan berkenaan.
    2.3 Pemohon perlu menyatakan tujuan permohonan pembiayaan dan sertakan dokumen sokongan. Contoh : surat tawaran geran projek dari Kementerian, pesanan belian dari syarikat korporat.
    2.4 Cagaran diperlukan. Antara cagaran yang dibenarkan adalah rumah atau tanah. Dokumen cagaran perlu dilampirkan sebagai bukti pemilikan.
    2.5 Yuran proses sebanyak RM100 akan dikenakan.
    2.6 Segala kos lain semasa penyediaan dokumen pembiayaan seperti stamping, yuran agen penilaian rumah, tanah dan dokumen berkaitan adalah tanggungan peminjam.
    2.7 Kelulusan pembiayaan dalam tempoh sebulan.
     

3. Syarat-syarat Pembiayaan:-

  • 3.1 Pemohon perlu mengisi borang permohonan dengan lengkap beserta dengan dokumen cagaran dan sokongan.

4. Jadual Pembayaran Balik Pembiayaan :-

4.1 Tiada jadual pembayaran balik secara tetap.
4.2 Caj perkhidmatan perlu dibayar selewat-lewatnya 10hb setiap bulan berikutnya melalui pindahan wang ke akaun Koop NSTP.
4.3 Tempoh bayar balik pembiayaan adalah tidak melebihi 12 bulan. Pembaharuan perlu dibuat setiap bulan ke11.
4.4 Koop NSTP berhak untuk tidak memperbaharui kontrak pembiayaan.
4.5 Sekiranya kontrak pembiayaan tidak diperbaharui, peminjam perlu membayar sepenuhnya baki pembiayaan.
4.6 Bayaran balik pembiayaan adalah melalui kaunter (tunai di kaunter / pindahan wang ke akaun koperasi).
4.7 Sekiranya peminjam gagal membayar caj perkhidmatan bulanan mengikut masa ditetapkan, caj penalti dengan kadar 1% atas amaun tertunggak akan dikenakan.
4.8 Tunggakan amaun caj perkhidmatan bagi bulan berkenaan dan caj penalti akan diambil kira sebagai amaun pembiayaan pokok.
4.9 Sekiranya gagal membayar caj perkhidmatan selama 3 bulan berturut-turut, koperasi berhak mengambil tindakan undang-undang,

5. Hak Koperasi dan Anggota Lembaga

5.1 Anggota Lembaga berhak menolak atau membatalkan permohonan pembiayaan seseorang anggota tanpa memberi sebab.
5.2 Skim pembiayaan ini berhak dihadkan, digantung atau dibatalkan diatas budibicara Anggota Lembaga pada bila-bila masa sahaja.
5.3 Budi bicara Anggota Lembaga dalam memutuskan rayuan permohonan pembiayaan adalah muktamad.
5.4 Anggota Lembaga berhak untuk meminda Aturan dengan serta merta tanpa kelulusan AGM sekiranya pindaan skim tersebut memberi manfaat kepada anggota.
5.5 Hak Anggota Lembaga adalah tertakluk kepada peraturan dan syarat yang terdapat dalam aturan pembiayaan.

 

 


 ATURAN SKIM PEMBIAYAAN PENJADUALAN SEMULA – AL-TAWARRUQ

(Maksima : Had Keseluruhan Baki Pembiayaan atau RM40,000 mana yang lebih rendah) 
 

1. Kelayakan:

   1.1 Anggota koperasi

   1.2 Telah disahkan dalam jawatan.

   1.3 Modal yuran dan syer minima RM 5,000.00

2 Pembiayaan :-

  • 2.1 Had pembiayaan adalah keseluruhan baki pembiayaan.
    2.2 Caj keuntungan adalah 6% setahun.
    2.3 Penjamin – dua orang.
    2.4 Kelulusan pembiayaan dalam tempoh sebulan 
    2.5 Pemohon tidak akan menerima wang
    2.6 Pemohon   tidak   dibenarkan   memohon   skim pembiayaan lain sehingga pembiayaan selesai kecuali Skim Pembiayaan Jangka Pendek.

3. Jadual Pembayaran Balik Pembiayaan :-

3.1 Bayaran balik adalah tidak melebihi 120 bulan atau umur pemohon mencapai 58 tahun, mana lebih awal.
3.2 Pembayaran balik pembiayaan dimulakan dari bulan berikutnya dari tarikh pembiayaan diluluskan.
3.3 Kegagalan membayar bayaran bulanan, peminjam akan dikenakan caj pada kadar satu peratus (1%) ke atas amaun tertunggak.
3.4 Bayaran balik pembiayaan akan dibuat melalui potongan gaji.
3.5 Jika penyelesaian penuh dilakukan lebih awal, pemohon akan dikecualikan dari membayar caj perkhidmatan untuk baki tempoh pembiayaan. (Rebet)
3.6 Sekiranya pemohon menamatkan perkhidmatan sebelum tempoh pembiayaan berakhir, pemohon perlu menjelaskan baki pembiayaan setelah menolak wang caruman di koperasi.
3.7 Kegagalan membayar sepenuhnya pembiayaan dalam tempoh pembiayaan diluluskan, caj perkhidmatan akan dikenakan pada kadar yang diluluskan oleh Koperasi NSTP berdasarkan kadar semasa bank tempatan sehinggalah selesai semua pembayaran.
3.8 Tindakan undang-undang akan dikenakan jika gagal membuat pembayaran balik pembiayaan.

4 Syarat-syarat Pembiayaan :-

  • 4.1 Pemohon perlu mengisi borang permohonan dengan lengkap.
  • 4.2 Pemohon perlu menyertai Pelan Takaful Pembiayaan Berkelompok yang sumbangannya akan ditolak dari pembiayaan.
  • 4.3 Yuran proses sebanyak RM30.00 akan dikenakan.
  • 4.4 Duti setem sebanyak 0.5% atas jumlah yang dipohon akan dikenakan
  • 4.5 Kelayakan potongan gaji.
  • 4.6 Pemohon yang memperolehi laporan kredit Score 1 & 2, Koperasi akan menolak tiga bulan ansuran bulanan bagi sebagai sekuriti pembiayaan
  • 4.7 Sekiranya pemohon membatalkan permohonan, caj sebanyak RM20.00 dikenakan
  • 4.8 Pemohon dan penjamin perlu menandatangani Aku Janji, Surat Persetujuan, Akad Jualan dan Belian dan dokumen-dokumen lain yang ditetapkan oleh koperasi di hadapan kakitangan atau wakil koperasi.

 

5. Hak Koperasi dan Anggota Lembaga

5.1 Anggota Lembaga berhak menolak atau membatalkan permohonan pembiayaan seseorang anggota tanpa memberi sebab.
5.2 Skim pembiayaan ini berhak dihadkan, digantung atau dibatalkan diatas budibicara Anggota Lembaga pada bila-bila masa sahaja.
5.3 Budi bicara Anggota Lembaga dalam memutuskan rayuan permohonan pembiayaan adalah muktamad.
5.4 Anggota Lembaga berhak untuk meminda Aturan dengan serta merta tanpa kelulusan MAPT sekiranya pindaan skim tersebut memberi manfaat kepada anggota.
5.5 Hak Anggota Lembaga adalah tertakluk kepada peraturan dan syarat yang terdapat dalam aturan pembiayaan.

 

 

 


 

 

 

 


 

SKIM PEMBIAYAAN JANGKA PENDEK



ATURAN SKIM PEMBIAYAAN KECEMASAN – AL-TAWARRUQ (Maksima : RM3,000.00) 

 

1. Kelayakan

  1. Anggota koperasi.
  2. Telah disahkan dalam jawatan.
  3. Modal syer minima RM500.00.

 

2.Pembiayaan :-

  1. Had Pembiayaan adalah RM3,000.00
  2. Keuntungan yang dikenakan adalah 6% atas pembiayaan dipohon dimana ianya akan ditolak dari jumlah pembiayaan diluluskan.
  3. Penjamin tidak diperlukan.
  4. Kelulusan pembiayaan dalam tempoh 5 hari bekerja.
  5. Yuran proses sebanyak RM10.00 akan dikenakan
  6. Sekiranya pemohon membatalkan permohonan, caj sebanyak RM20.00 dikenakan 

 

3. Jadual Pembayaran Balik Pembiayaan :-

  1. Tempoh bayar balik pembiayaan adalah tidak melebihi 12 bulan.
  2. Pembayaran balik pembiayaan dimulakan dari bulan berikutnya dari tarikh pembiayaan diluluskan.
  3. Bayaran balik pembiayaan adalah melalui potongan gaji.  Bayaran balik selain dari potongan gaji, perlu mendapat kelulusan dari Anggota Lembaga.
  4. Sekiranya pemohon menamatkan perkhidmatan sebelum tempoh pembiayaan berakhir, pemohon mesti menjelaskan baki pembiayaan setelah menolak wang caruman di koperasi.
  5. Tindakan undang-undang akan dikenakan jika pembayaran (secara tunai atau ansuran) tidak  dijelaskan.

 

4. Syarat-syarat Pembiayaan :-

  1. Pemohon perlu mengisi borang permohonan dengan lengkap beserta dengan salinan penyata gaji terkini. 
  2. Pembiayaan bertindih dibenarkan.
  3. Kelayakan potongan gaji.

 

5. Hak Koperasi dan Anggota Lembaga

  1. Anggota Lembaga berhak menolak atau membatalkan permohonan pembiayaan seseorang  anggota tanpa memberi sebab.
  2. Skim pembiayaan ini berhak dihadkan, digantung atau dibatalkan diatas budibicara Anggota Lembaga pada bila-bila masa sahaja.
  3. Budi bicara Anggota Lembaga dalam memutuskan rayuan permohonan pembiayaan adalah muktamad.
  4. Hak Anggota Lembaga adalah tertakluk kepada peraturan dan syarat yang terdapat dalam aturan pembiayaan.

 


ATURAN SKIM PEMBIAYAAN TUNAI SEGERA – QARD (Maksima : RM600.00) 
 

1. Kelayakan:-

  • Anggota koperasi.
  • Telah disahkan dalam jawatan.
  • Modal syer minima RM180.00.

 

2. Pembiayaan :-

  • Had pembiayaan tidak melebihi RM600.00
  • Yuran proses sebanyak RM20.00 akan dikenakan.
  • Kelulusan serta merta.

 

3. Jadual Pembayaran Balik Pembiayaan :-

  • Tempoh bayar balik pembiayaan adalah tidak melebihi 12 bulan.
  • Pembayaran balik pembiayaan dimulakan dari bulan berikutnya dari tarikh pembiayaan diluluskan.
  • Bayaran balik pembiayaan adalah melalui potongan gaji. Pembayaran balik selain dari potongan gaji, perlu mendapat kelulusan Anggota Lembaga.
  • Sekiranya pemohon menamatkan perkhidmatan sebelum tempoh pembiayaan berakhir, pemohon perlu menjelaskan baki pembiayaan setelah menolak wang caruman di koperasi. 
  • Tindakan undang-undang akan dikenakan jika pembayaran (secara tunai atau ansuran) tidak  dijelaskan.

 

4. Syarat-syarat Pembiayaan :-

  • Permohonan adalah untuk sendiri sahaja.
  • Pemohon perlu mengisi borang permohonan dengan lengkap.  .
  • Pembiayaan bertindih dibenarkan.                                                                             

 

5. Hak Koperasi dan Anggota Lembaga

  • Anggota Lembaga berhak menolak atau membatalkan permohonan pembiayaan seseorang anggota tanpa  memberi sebab.
  • Skim pembiayaan ini berhak dihadkan, digantung atau dibatalkan diatas budibicara Anggota Lembaga pada bila-bila masa sahaja.
  • Budi bicara Anggota Lembaga dalam memutuskan rayuan permohonan pembiayaan adalah muktamad.
  • Anggota Lembaga berhak untuk meminda Aturan dengan serta merta tanpa kelulusan AGM sekiranya pindaan skim tersebut memberi manfaat kepada anggota
  • Hak Anggota Lembaga adalah tertakluk kepada peraturan dan syarat yang terdapat dalam aturan pembiayaan.

 


ATURAN SKIM PEMBIAYAAN PERLINDUNGAN, CUKAI JALAN DAN TAYAR – AL-TAWARRUQ (Maksima : RM 5,000.00) 
 

Koperasi NSTP menyediakan pembiayaan dan perkhidmatan memperbaharui perlindungan atas kenderaan dan cukai jalan dan kos selenggara tayar dan kenderaan. Koperasi NSTP merupakan agen perlindungan dari syarikat ALLIANZ GENERAL INSURANCE, ETIQA TAKAFUL BERHAD DAN TAKAFUL IKHLAS BERHAD

 

1. Kelayakan:-

  1. Anggota koperasi.
  2. Telah disahkan dalam jawatan.
  3.  Modal syer RM180.00. 

 

2. Pembiayaan :-

  1. Had pembiayaan RM5,000.00 untuk gabungan ketiga-tiga kategori.
  2. Pemohon perlu mengisi borang  permohonan dengan lengkap. Sekiranya pertama kali memperbaharui skim perlindungan kenderaan dengan Koperasi, pemohon perlu membawa dokumen salinan geran, surat pembaharuan ‘renewal notice’ atau polisi perlindungan kenderaan syarikat lama, salinan kad pengenalan dan salinan lesen memandu 
  3. Caj keuntungan yang dikenakan adalah 6% atas pembiayaan dipohon dimana ianya akan ditolak dari jumlah pembiayaan diluluskan.
  4. Kelulusan serta-merta untuk pembaharuan perlindungan dan tiga hari bekerja untuk cukai jalan, tayar dan saman
  5. Yuran proses sebanyak RM10.00 akan dikenakan
  6. Sekiranya pemohon membatalkan permohonan, caj sebanyak RM20.00 dikenakan

 

3. Jadual Pembayaran Balik  Pembiayaan :-

  1. Tempoh pembayaran balik pembiayaan adalah tidak melebihi 12 bulan.
  2. Pembayaran balik pembiayaan dimulakan dari bulan berikut dari tarikh pembiayaan diluluskan
  3. Bayaran balik pembiayaan adalah melalui potongan gaji. Pembayaran balik selain dari potongan gaji, perlu mendapat kelulusan dari Anggota Lembaga.
  4. Sekiranya pemohon menamatkan perkhidmatan sebelum tempoh pembiayaan berakhir, pemohon mesti menjelaskan baki pembiayaan setelah menolak wang caruman di koperasi
  5. Tindakan undang-undang akan dikenakan jika pembayaran (secara tunai atau ansuran) tidak dijelaskan.

 

4. Syarat-syarat Pembiayaan :-   

  • Pemohon perlu mengisi borang permohonan dengan lengkap beserta dengan salinan penyata gaji terkini dan sebutharga untuk skim pembelian tayar dan resit saman
  • Pembayaran untuk pembelian tayar akan dibuat atas nama kedai kecuali pemohon memberikan resit atas pembelian tayar tersebut
  • Kelayakan potongan gaji
  • Pemohon perlu menandatangani Aku Janji, Surat Persetujuan, Akad Jualan dan Belian di hadapan kakitangan / wakil koperasi / ketua jabatan

 

5. Hak Koperasi dan Anggota Lembaga

  • Anggota Lembaga berhak menolak  atau membatalkan permohonan pembiayaan seseorang anggota tanpa memberi sebab
  • Skim pembiayaan ini berhak dihadkan, digantung atau dibatalkan diatas budibicara Anggota Lembaga pada bila-bila masa sahaja.
  • Budi bicara Anggota Lembaga dalam memutuskan rayuan permohonan pembiayaan adalah muktamad.
  • Anggota Lembaga berhak untuk meminda Aturan dengan serta merta tanpa kelulusan MAPT sekiranya pindaan skim tersebut memberi manfaat kepada anggota
  • Hak Anggota Lembaga adalah tertakluk kepada peraturan dan syarat yang terdapat dalam aturan pembiayaan.

ATURAN SKIM PEMBIAYAAN PENJADUAL SEMULA -- AL-TAWARRUQ  
 

ATURAN SKIM PEMBIAYAAN PENJADUALAN SEMULA – AL-TAWARRUQ

(Maksima : Had Keseluruhan Baki Pembiayaan atau RM40,000 mana yang lebih rendah) 
 

1. Kelayakan:

   1.1 Anggota koperasi

   1.2 Telah disahkan dalam jawatan.

   1.3 Modal yuran dan syer minima RM 5,000.00

2 Pembiayaan :-

  • 2.1 Had pembiayaan adalah keseluruhan baki pembiayaan.
    2.2 Caj keuntungan adalah 6% setahun.
    2.3 Penjamin – dua orang.
    2.4 Kelulusan pembiayaan dalam tempoh sebulan 
    2.5 Pemohon tidak akan menerima wang
    2.6 Pemohon   tidak   dibenarkan   memohon   skim pembiayaan lain sehingga pembiayaan selesai kecuali Skim Pembiayaan Jangka Pendek.

3. Jadual Pembayaran Balik Pembiayaan :-

3.1 Bayaran balik adalah tidak melebihi 120 bulan atau umur pemohon mencapai 58 tahun, mana lebih awal.
3.2 Pembayaran balik pembiayaan dimulakan dari bulan berikutnya dari tarikh pembiayaan diluluskan.
3.3 Kegagalan membayar bayaran bulanan, peminjam akan dikenakan caj pada kadar satu peratus (1%) ke atas amaun tertunggak.
3.4 Bayaran balik pembiayaan akan dibuat melalui potongan gaji.
3.5 Jika penyelesaian penuh dilakukan lebih awal, pemohon akan dikecualikan dari membayar caj perkhidmatan untuk baki tempoh pembiayaan. (Rebet)
3.6 Sekiranya pemohon menamatkan perkhidmatan sebelum tempoh pembiayaan berakhir, pemohon perlu menjelaskan baki pembiayaan setelah menolak wang caruman di koperasi.
3.7 Kegagalan membayar sepenuhnya pembiayaan dalam tempoh pembiayaan diluluskan, caj perkhidmatan akan dikenakan pada kadar yang diluluskan oleh Koperasi NSTP berdasarkan kadar semasa bank tempatan sehinggalah selesai semua pembayaran.
3.8 Tindakan undang-undang akan dikenakan jika gagal membuat pembayaran balik pembiayaan.

4 Syarat-syarat Pembiayaan :-

  • 4.1 Pemohon perlu mengisi borang permohonan dengan lengkap.
    4.2 Pemohon perlu menyertai Pelan Takaful Pembiayaan Berkelompok yang sumbangannya akan ditolak dari pembiayaan.
    4.3 Yuran proses sebanyak RM30.00 akan dikenakan.
    4.4 Duti setem sebanyak 0.5% atas jumlah yang dipohon akan dikenakan
    4.5 Kelayakan potongan gaji.
    4.6 Pemohon yang memperolehi laporan kredit Score 1 & 2, Koperasi akan menolak tiga bulan ansuran bulanan bagi sebagai sekuriti pembiayaan
    4.7 Pemohon dan penjamin perlu menandatangani Aku Janji, Surat Persetujuan, Akad Jualan dan Belian dan dokumen-dokumen lain yang ditetapkan oleh koperasi di hadapan kakitangan atau wakil koperasi.

 

5. Hak Koperasi dan Anggota Lembaga

5.1 Anggota Lembaga berhak menolak atau membatalkan permohonan pembiayaan seseorang anggota tanpa memberi sebab.
5.2 Skim pembiayaan ini berhak dihadkan, digantung atau dibatalkan diatas budibicara Anggota Lembaga pada bila-bila masa sahaja.
5.3 Budi bicara Anggota Lembaga dalam memutuskan rayuan permohonan pembiayaan adalah muktamad.
5.4 Anggota Lembaga berhak untuk meminda Aturan dengan serta merta tanpa kelulusan MAPT sekiranya pindaan skim tersebut memberi manfaat kepada anggota.
5.5 Hak Anggota Lembaga adalah tertakluk kepada peraturan dan syarat yang terdapat dalam aturan pembiayaan.

 


ATURAN SKIM PEMBIAYAAN KEMBALI KE SEKOLAH – AL-TAWARRUQ (Maksima : RM1,800.00) 
 

1. Kelayakan

  1. Anggota koperasi.
  2. Telah disahkan dalam jawatan.
  3. Modal syer minima RM180.00.

 

2. Pembiayaan :-

  1. Jumlah pembiayaan diberikan adalah RM350.00 seorang anak dan  had pembiayaan tidak melebihi RM1,800.00
  2. Caj keuntungan adalah 6% atas pembiayaan dipohon dan akan ditolak dari pembiayaan diluluskan. 
  3. Penjamin tidak diperlukan.
  4. Kelulusan pembiayaan dalam tempoh 7 hari bekerja. 
  5. Skim ini hanya terbuka pada awal musim persekolahan sahaja.
  6. Yuran proses sebanyak RM10.00 akan dikenakan
  7. Sekiranya pemohon membatalkan permohonan, caj sebanyak RM20.00 dikenakan

 

3. Jadual Pembayaran Balik Pembiayaan :-

  1. Tempoh bayar balik pembiayaan tidak melebihi 12 bulan.
  2. Pembayaran balik pembiayaan dimulakan dari bulan berikut dari tarikh pembiayaan diluluskan.
  3. Bayaran balik pembiayaan adalah melalui potongan gaji. Bayaran balik selain dari potongan gaji, perlu mendapat kelulusan dari Anggota Lembaga.
  4. Sekiranya pemohon menamatkan perkhidmatan sebelum tempoh pembiayaan berakhir, pemohon perlu menjelaskan baki pembiayaan setelah menolak modal yuran / syer dan simpanan khas di koperasi. 
  5. Tindakan undang-undang akan dikenakan jika pembayaran (secara tunai atau ansuran) tidak  dijelaskan.

 

4. Syarat-syarat Pembiayaan :-

  1. Pemohon perlu mengisi borang permohonan dengan lengkap beserta dengan salinan penyata gaji terkini dan salinan surat beranak / kad pengenalan anak anggota tersebut atau resit belian buku jika perlu
  2. Kelayakan potongan gaji

 

5. Hak Koperasi dan Anggota Lembaga

  1. Anggota Lembaga berhak menolak atau membatalkan permohonan pembiayaan seseorang  anggota tanpa memberi sebab.
  2. Skim pembiayaan ini berhak dihadkan, digantung atau dibatalkan diatas budibicara Anggota Lembaga pada bila-bila masa sahaja.
  3. Budi bicara Anggota Lembaga dalam memutuskan rayuan permohonan pembiayaan adalah muktamad.
  4. Anggota Lembaga berhak untuk meminda Aturan dengan serta merta tanpa kelulusan MAPT sekiranya pindaan skim tersebut memberi manfaat kepada anggota.
  5. Hak Anggota Lembaga adalah tertakluk kepada peraturan dan syarat yang terdapat dalam aturan pembiayaan.

ATURAN SKIM PEMBIAYAAN PERAYAAN - AL-TAWARRUQ (Maksima : RM1,000.00)

 

1. Kelayakan

  1. Anggota koperasi.
  2. Telah disahkan dalam jawatan.
  3. Modal syer minima RM180.00.

 

2.Pembiayaan :-

  1. Had Pembiayaan adalah RM1,000.00
  2. Caj keuntungan yang dikenakan adalah 6% atas pembiayaan dipohon dimana ianya akan ditolak dari jumlah pembiayaan diluluskan
  3. Penjamin tidak diperlukan.
  4. Kelulusan pembiayaan dalam tempoh 7 hari bekerja   
  5. Skim ini hanya terbuka pada awal musim perayaan sahaja.
  6. Yuran proses sebanyak RM10.00 akan dikenakan.
  7. Sekiranya pemohon membatalkan permohonan, caj sebanyak RM20.00 dikenakan

 

 

3. Jadual Pembayaran Balik Pembiayaan :-

  • Tempoh bayar balik pembiayaan adalah tidak melebihi 12 bulan.
  • Pembayaran balik pembiayaan dimulakan dari bulan berikutnya dari tarikh pembiayaan diluluskan.
  • Bayaran balik pembiayaan adalah melalui potongan gaji.  Bayaran balik selain dari potongan gaji, perlu mendapat kelulusan dari Anggota Lembaga.
  • Sekiranya pemohon menamatkan perkhidmatan sebelum tempoh pembiayaan berakhir, peminjam mesti menjelaskan baki pembiayaan setelah menolak wang caruman di koperasi
  • Tindakan undang-undang akan dikenakan jika pembayaran (secara tunai atau ansuran) tidak  dijelaskan.

 

4. Syarat-syarat Pembiayaan :-

  • Peminjam perlu mengisi borang permohonan dengan lengkap beserta dengan salinan penyata gaji terkini. 
  • Pembiayaan bertindih dibenarkan.
  • Kelayakan potongan gaji.

 

5. Hak Koperasi dan Anggota Lembaga

  • Anggota Lembaga berhak menolak atau membatalkan permohonan pembiayaan seseorang  anggota tanpa memberi sebab.
  • Skim pembiayaan ini berhak dihadkan, digantung atau dibatalkan diatas budibicara Anggota Lembaga pada bila-bila masa sahaja.
  • Budi bicara Anggota Lembaga dalam memutuskan rayuan permohonan pembiayaan adalah muktamad.
  • Anggota Lembaga berhak untuk meminda Aturan dengan serta merta tanpa kelulusan MAPT sekiranya pindaan skim tersebut memberi manfaat kepada anggota
  • Hak Anggota Lembaga adalah tertakluk kepada peraturan dan syarat yang terdapat dalam aturan pembiayaan.

 

SKIM PEMBIAYAAN KAKITANGAN KONTRAK, RAKAN PERNIAGAAN & AHLI KELUARGA

ATURAN SKIM PEMBIAYAAN KAKITANGAN KONTRAK, RAKAN PERNIAGAAN DAN AHLI KELUARGA

 

KELAYAKAN SKIM PEMBIAYAAN ANGGOTA - KAKITANGAN KONTRAK, RAKAN NIAGA, AKTIF SAMBUNG & AHLI KELUARGA:-

Anggota status kakitangan kontrak, rakan niaga, aktif sambung dan ahli keluarga layak memohon kesemua skim pembiayaan dan terhad setakat jumlah modal yuran dan modal syer yang ada di koperasi.

 

Tempoh bayar balik pembiayaan bagi kakitangan kontrak adalah sehingga tamat kontrak kerja.

 

Anggota ‘Aktif Sambung” & Ahli Keluarga yang gagal membayar ansuran bayaran balik pembiayaan melebihi 3 bulan, Koop NSTP berhak untuk selesaikan baki pembiayaan dengan kontra dari modal yuran.

 

Kelonggaran tambahan had maksima pembiayaan sebanyak RM2,000 diberi kepada Ahli Keluarga yang menepati syarat berikut :-

  1. Tiada tunggakan bayaran modal yuran
  2. Bayaran balik adalah melalui potongan gaji induk.
  3. Anggota ‘induk’ adalah penjamin kepada pembiayaan yang dipohon.

 

Sekiranya bayaran balik pembiayaan yang diluluskan tersebut tidak mengikut jadual yang ditetapkan, pihak Koop NSTP berhak untuk menolak permohonan pembiayaan yang sama di masa akan datang.

 

 

SKIM PENGELUARAN CARUMAN

ATURAN SKIM PENGELUARAN CARUMAN

 

Tujuan :-

 

Anggota dibenarkan mengeluarkan caruman bagi tujuan seperti berikut :-

  • Melunaskan skim pembiayaan di koperasi
  • Pembelian rumah / tanah atau pengubahsuaian rumah
  • Perubatan diri dan keluarga terdekat (ibu bapa, isteri. / suami dan anak)

 

1.  Kelayakan :-

  • Anggota koperasi.

 

2. Syarat-syarat Pengeluaran :-

  • Had pengeluaran modal yuran adalah modal yuran dan saham berbaki RM180.00 dan RM1,000.00.
  • Pengeluaran hanya dibenarkan  sekali sepanjang menjadi anggota. (mengikut tujuan)
  • Pemohon yang mempunyai pembiayaan lebih RM10,000 perlu mempunyai baki caruman RM5,000.00

Pemohon mesti melengkapkan  borang permohonan dan dokumen berikut :-

  • Salinan perjanjian jual beli rumah atau salinan geran bagi tanah. Tarikh surat perjanjian hendaklah tidak melebihi 24 bulan ke belakang dari tarikh permohonan pengeluaran.
  • Bukti kesihatan (bil atau surat hospital)
  • Kelulusan pengeluaran dalam tempoh seminggu.
  • Koperasi akan menolak semua baki pembiayaan sebelum pengeluaran dibuat.
  • Koperasi akan mengambilkira tanggungan caruman pemohon sebagai penjamin sebelum kelulusan dibuat. Sekiranya caruman tidak mencukupi setelah menolak baki pembiayaan pemohon dan tanggungan sebagai penjamin, permohonan akan ditolak.

 

3. Hak Koperasi dan Anggota Lembaga

  • Anggota Lembaga berhak menolak atau membatalkan permohonan  pengeluaran seseorang anggota  tanpa memberi sebab.
  • Skim ini akan dihadkan,  digantung atau dibatalkan diatas budibicara  Anggota Lembaga  pada bila-bila masa sahaja.
  • Budi bicara Anggota Lembaga dalam memutuskan rayuan permohonan pengeluaran adalah muktamad.
  • Hak Anggota Lembaga adalah tertakluk kepada peraturan dan syarat yang terdapat dalam aturan pengeluaran.

 

SKIM PELABURAN SIMPANAN TETAP - AL-MUDHARABAH

ATURAN  SKIM SIMPANAN TETAP – AL-MUDHARABAH

 

  1. TAJUK

 

  1. Aturan ini dinamakan Aturan Skim Simpanan Tetap Koperasi New Straits Times Press (Malaysia) Berhad.

 

  1. Aturan ini  diwujudkan dibawah UUK 57.(1) Koperasi boleh menerima daripada anggotanya deposit atau pinjaman.

 

  1. Aturan ini telah dibentangkan di Mesyuarat Lembaga Ke-9, Tahun 2018/2019 pada 27 November 2018 dan akan dikuatkuasakan selepas Mesyuarat Agung Koperasi pada ……..  2018 dan dimaklumkan kepada Ketua Pendaftar.

 

B.OBJEKTIF

 

Objektif Simpanan Tetap ini diwujudkan bagi membantu anggota menyimpan dan memperolehi kadar pulangan yang baik.

 

C.DEFINISI

 

Dalam aturan ini, melainkan jika konteks menghendaki makna yang lain :-

 

  1. ‘Akta’ maknanya Akta Koperasi 1993 dan pindaan-pindaan yang dibuat kepadanya dari masa ke semasa.

 

  1. ’Anggota’ maknanya anggota Koperasi New Straits Times Press (Malaysia) Berhad.

 

  1. ’Koperasi ini’ maknanya Koperasi New Straits Times Press (Malaysia) Berhad.

 

  1. ’Lembaga’ maknanya Lembaga Koperasi New Straits Times Press (Malaysia) Berhad.

 

  1. ’Pegawai’maknanya seorang pengerusi, setiausaha, bendahari atau mana-mana anggota lain Lembaga dan termasuklah mana-mana orang lain yang diberi kuasa oleh Peraturan atau Undang-undang kecil ini untuk memberikan arahan-arahan berkenaan dengan urusan koperasi ini sebagaimana yang ditakrifkan di bawah seksyen 2 Akta.

 

  1. ‘Undang-undang Kecil’ maknanya Undang-undang Kecil Koperasi New Straits Times Press (Malaysia) Berhad termasuklah pindaan berdaftar kepada Undang-undang Kecil ini.

 

  1. ’Simpanan Tetap’ maknanya sejenis simpanan di bank atau akaun pelaburan yang menjanjikan pelabur satu kadar faedah yang tetap. Sebagai balasan, pelabur bersetuju untuk tidak mengeluarkan dananya dalam jangka masa yang ditetapkan.

 

D.SUMBER DAN KEGUNAAN KEWANGAN

 

  1. Simpanan mínimum RM1,000
  2. Simpanan Tetap ini akan digunakan untuk menjalankan aktiviti koperasi

 

E.PENGURUSAN KEWANGAN

 

Deposit yang diterima bagi tujuan Simpanan Tetap ini akan diuruskan oleh Pengurusan Koperasi New Straits Times Press (M) Berhad dan dikawal selia oleh Anggota Lembaga Koperasi .

 

Ahli Jawatankuasa Risiko akan bertanggungjawab untuk menilai risiko kewangan Skim Simpanan Tetap ini dari masa ke semasa.

 

F.PROSES ALIRAN KERJA
  1. Anggota perlu mengisi Borang Permohonan Simpanan Tetap dengan lengkap.  
  2. Pemohon perlu menetapkan tempoh matang setiap pelaburan tersebut.
  3. Lembaga adalah berkuasa pada keseluruhannya menerima atau menolak sesuatu permohonan daripada anggota.
  4. Anggota perlu membayar amaun Simpanan Tetap ke dalam akaun Koperasi NSTP
  5. Koperasi NSTP akan sediakan sijil Simpanan Tetap bagi tujuan simpanan pemohon.
  6. Koperasi NSTP hendaklah membayar kadar pulangan yang dipersetujui dan juga wang pokok yang dimasukkan oleh anggota pada tarikh tempoh matang.   

 

  1. KADAR PULANGAN ATAS SIMPANAN TETAP

 

Pulangan atas Simpanan Tetap  adalah seperti berikut :-

 

TEMPOH MATANG (bulan)

ANGGARAN KADAR KEUNTUNGAN % (Setahun)

6

4.10

4.50

12

18

24

 

Kadar pulangan di atas adalah anggaran sahaja dan berubah mengikut perubahan dan risiko pelaburan.

            Formula kiraan :

            Contoh :                     Pelaburan     : RM5,000      Tempoh Matang       : 24 bulan

            Pulangan setahun yang akan diterima adalah RM5,000 x 4.50% = RM225.00

Maka :

Pada tempoh matang iaitu 24 bulan.

Koperasi akan bayar balik = Simpanan Tetap Pokok +pulangan

= RM5,000 + RM225.00 + RM225.00

= RM5,450.00

 

H.PENAMATAN ATAU PENGELUARAN SIMPANAN TETAP

 

Anggota dibenarkan menamatkan dan mengeluarkan Simpanan Tetap dengan mengisi Borang Penamatan Simpanan Tetap.

Kadar pulangan yang akan diberikan adalah seperti berikut :-

 

PENAMATAN  (bulan)

KADAR KEUNTUNGAN % (Setahun)

< 6

Tiada

6 – 11

4.10

12 – 17

4.30

18 – 23

4.40

24 dan keatas

4.50

 

Kadar pulangan di atas adalah anggaran sahaja dan berubah mengikut perubahan dan risiko pelaburan.

 

I.PERTIKAIAN

 

Jika berbangkit sebarang perselisihan faham atas tafsiran aturan ini atau timbul apa-apa perbalahan mengenainya, maka pertikaian itu hendaklah dirujukkan kepada Ketua Pendaftar mengikut Undang-undang Kecil 80 (1).